Adakah drama Sehangat Asmara sehebat Adam & Hawa?




SETELAH 80 episod bersiaran, akhirnya drama yang mencetuskan fenomena, Adam & Hawa, tiba ke penghujungnya, Khamis lalu.

Sehangat Asmara bakal menyusul selepas ini dan seperti biasa ramai yang ternanti-nanti drama yang akan menyusul ke kaca TV anda ini nanti .

Seperti Adam & Hawa, drama ini juga diadaptasi daripada novel terkenal karya Aisya Sofea.

Menggandingkan dua pelakon hebat, Adi Putra dan Rita Rudaini, tidak mustahil drama ini mampu mengulangi fenomena Adam & Hawa.

Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dengan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.
Sama ada benar atau tidak ramalan ini, sama-sama kita nantikan tayangannya minggu ini!


Jumlah episode: 30 episode.
Channel -  Astro Mustika HD... 

Para pelakon:
Adi putra- Zainal Arief (Nal)
Rita Rudaini - Karmila  (Kay)
Shah Jazle - Azman
Amar Baharin - Rudy(roomate Nal di Uni)
Dian P.Ramlee - mama Kay




0 Response to "Adakah drama Sehangat Asmara sehebat Adam & Hawa?"

Post a Comment